klik klik klik

Sunday, 23 March 2014

Doa Seorang Ayah


    "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.(ibrahim:37)

Walaupun berkeras meninggalkan isteri dan anaknya, nabi ibrahim a.s seperti sebagaimana seorang suami dan ayah. Timbul di hatinya rasa sedih, sayang dan bimbang.  Setelah sayup-sayup siti hajar dan ismail jauh dari pandangannya, baginda a.s berdoa sebagaimana doa di atas yang di abadikan Allah  di dalam kitan al-quran. Hasil dari doanya itu yang terserlah darinya keyakinan pada Allah  maka kita lihat bumi mekah sentiasa sesak dengan kehadiran manusia dari seluruh pelosok dunia dan di limpahkan rezeki yang datang dari semua jenis Negara. walaupun mekah asalnya tidak berpenghuni, tidak bertanaman tetapi hasil kebergantungan seorang ayah yang menuruti perintah Allah , maka Allah  sedia memakbulkan doanya.   

     Sebenarnya , tujuan saya menulis tajuk ini adalah untuk melepaskan ridu saya kepada arwah ayah saya . Saya harap dia ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman . Amin , Insha Allah ! Doakanlah ibu bapa kita sementara mereka ada hargailah mereka sebagai mana kamu menghargai diri sendiri . Tak susah untuk menyayangi ibu bapa kita . Insha Allah kita akan ditempatkan ditempat anak-anak yang soleh dan solehah . Amin ! sekian disini sahaja ,, :)

Peperangan Syaitan


      Telah terbukti perseteruan antara manusia dan syaitan. Ianya merupakan perseteruan yang tiada penghujung zamannya. Ini terbukti dengan wujudnya dua pihak yang bertentangan.golongan Allah  dan golongan syaitan.golongan Allah  ialah golongan yang beriman kepada Allah  manakala golongan syaitan pula ialah golongan lupa mengingati Allah.

[mujadalah:19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

[mujadalah:22] Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

peperangan ini bukanlah merupakan perperangan yang melibatkan pertumpahan darah. Tetapi perjuangan ke arah meramaikan umat manusia ke dalam lembah neraka.
[fatir:6] Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Amalan Dakwah Adalah Zikir Kepada Allah :)




     Al-Quran telah membawa kisah musa dalam gerakan dakwahnya bersama harun a.s.urutan ayat menggambarkan kepada para pendakwah tujuan dakwah itu merupakan juga sebahagian dari zikir kepada Allah . setelah Allah  memerintah musa agar bersemuka dengan firaun. Seruan itu disahut musa dengan menadah tangan memohon pengharapan dari Allah . selain agar mengharapkan bicaranya lancar dan harun sebagai pembantunya, musa a.s pada akhir-akhir doanya itu menyatakan hasrat moga usahanya ini menjadi dirinya sebagai seorang yang sentiasa beribadat, memujiNya, menyebut-menyebut dan sentiasa mengingati Allah .

 "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas". (thaha:24)
"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu” (thaha:33-34)

"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya” (thaha:42-43)
dengan ini jelaslah bahawa kesan dari mengingati Allah  pada diri musa a.s yang mendalam adalah tindakannya bangun menentang sikap melampaui batas pemimpin di zamanya (Rasail Syumuliyyah:242-243)

Mesej Penting Buat emuda Jemaah


          Wahai pemuda, kita menyertai jemaah, menghabiskan masa bersama jemaah, mengerahkan keringat kita untuk jemaah.Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan ahli. Kita berdebat, berdemonstrasi.Kita rela diperah dan dikerah. Kita menyusun stategi untuk berhadapan dengan musuh jemaah. Kita laungkan islam bersama jemaah. Kita slogankan daulah islamiah bersama dengan nada laungan jemaah. Kita bersatu suara meneriakkan syariah bersama jemaah.Kita berduka dengan kekalahan yang di terima oleh jemaah.Kita bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh jemaah.Semuanya itu kita lakukan bukannya kerana kita ingin menjaga hati rakan sejemaah.Bukan juga kerena kita ingin menunjukkan semangat muda kita yang membara.Bukan juga kerana kita mahu digolongkan oleh masyarakat bahawa kita adalah dari jemmah ini. Tetapi, kita lakukan semuanya itu adalah kerena sebuah keyakinan yang kita yakini. Keyakinan bahawa hanya syariah yang boleh memberi keamanan kepada umat ini. Syariah bertunjangkan kepada al-Quran dan as-Sunnah yang digalas risalahnya oleh ar-Rasul Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah berteraskan rahmat.Kita menghargai perit jerih Rasulullah  dan para sahabat yang turut sama menggalas risalah ini di zaman mereka. Diwarisi kemudiannya oleh generasi gemilang. Satu corak warisan yang cukup sempurna. Sehingga terbukti sinar risalah ini menerangai hampir sepertiga dunia. Warisan ini tidak terputus setakat itu sahaja. Warisan ini berterusan dari satu generasi ke satu generasi. Semua generasi warisan ini membuktikan kemampuan mereka menggalas risalah.Dikala keadilan terbukti di zaman Umar Abdul Aziz. Ketinggian risalah ini tertegak di zaman al-Fatih dan Salahuddin, ketamadunan ilmu  berkembang di zaman al-Syafie, bagaimanakah pula risalah ini di zaman kita. Adakah  kita terus mengharapkan kehadiran kembali Ibnu Abdul Aziz.Adakah kita menanti jelmaan kembali Salahuddin dan perkasa al-Fatih, ataupun kita terus mengharapkan kelahiran semula al-Syafie. Mereka selamanya takkan kembali. Mereka telah bertemu pemilik risalah ini untuk selamanya. Ingatlah wahai saudaraku tentang janji Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk terus berjuang membela islam dan pertahankannya.
                                                                             
maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”al ahzab ayat 23

Kejadian Tepi Jalan XD



Hai , Apa khabar ? Baik ? Alhamdulillah ... Nak bagi tau ni malu XD hahaha . Pada 16/3/14 iaitu pada hari ahad . Kononnya nak pergi makan dekat luar masa tu pukul 10 malam . Dah sampai dekat highway Taman U jam gile jalan sebab ada lori pasir terbalik . Satu jam kat situ . Bile time nak jalan tu suddenly !!!
Haha . suspen . kereta mati pulak . Tak hidup langsung . Rupenye batery ong la ...

Call kawan suruh panggil pomen lambat gile . Terpaksalah turun kereta tolak ke tepi . Malu tau , semua pandang . Ha , sape yang nampak saya tu diam-diam jelah eh . hihii . Lepas setengah jam dok kat tepi jalan sambil main belon yang sabun tu . hee :D . Sampai dah pomen . Haishhh ,, die nak chase batery pon lambat . -_- . Sabar jelahhh . Tup tup lupe bawak tempat nak chase kan batery tu , dah die patah balik jap . tunggu lagi satu jam . Ape puya pomen lahhh ! hmm , 2 jam kitorang kat situ , hihi .

Btw , dalam pukul 12 tu baru siap semua . Dah tak jadi nak makan . Dah la lapar --''
OK ! only that ! saje je nak cerita . Tengah bosan layan cuti sekolah :) .
thank You ! ;)

Remaja masa kini

      saya sedari, perit remaja mendepani zaman moden ini. Di zaman ini, mereka di belenggu dengan hutang pendidikan. Pendidikan masakini memerlukan modal  kewangan yang tinggi dan memerah keringat beban. Fikiran sepatutnya tertumpu untuk memerah idea memaju ideologi pembinaan jatidiri, terpaksa diperah memikir jalan di mana sumber mengumpul dana kewangan . Mereka turut diacah dengan keasyikan ledakan teknologi. Mereka memburu dan sentiasa terburu-buru untuk menampilkan diri dengan wajah pendahulu teknologi. Mereka telah di asyikkan. Berseringan pula dengan corak dunia yang telah di warnai dengan mata duitan, bahawa wang penguasa dunia masakini. Bagi remaja yang berada di lapangan agama, bersengkata fikiran membahas isu sampingan. Membesarkan dan menjadikan titik luas mendebatkan dalam kancah ilmiah. Sehingga luntur dari mereka emas-emas akhlak, santun dan sopan dalam persada ilmu. Cela cerca pada yang lebih alim dan yang lebih menyumbang pada dunia ilmu agama. sehingga terlerai noktah yang patut di titipi agak sampai kepada matlamat utama dunia ilmu. Melahirkan insan yang berakhlak, mempengaruhi ummat, mengesani kehidupan mereka dalam sanubari ummat dan meragai jiwa ummat dengan pekerti yang mereka tampilkan.

Dunia zaman ini dengan itu menanti, lahirnya remaja yang bijak dalam merungkai jaringan yang bersarang difikiran. Wang, teknologi dan adab dalam berilmu. Bila lahirnya remaja ini, ummat kegersangan penyejuk kehidupan, pastikan di basahi damai dengan kelahiran mereka. ummat yang tertunggu-tunggu kelahiran remaja yang mengubah kalut hidup mereka, pastikan mengurut dada lega.  Ummat yang ternanti-nanti remaja yang melakari wajah kehidupan mereka dengan harmoni bawaan Islam, pastikan meluah rasa syukur gembira. Ketika itu, pastilah ummat kan harmoni, denai-denai sempit mendepa, gerimis hujan membasahi bumi, bahang metari dimendungi awanan rahmat, tangan-tangan ummat banyak yang menadah, dahi-dahi banyak yang sujud, jemari mengisyaratkan kiblat. Tutur-tutur ummat adalah “aku bersaksi tiada tuhan yang di sembah selain Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh allah”. Harmoni,bahagian,damai, tenang ummat di bawangan lembayung Esakan Ilahi.muttaquun dan mukminun bersatu sudud padaNya semata.

“jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi…”(al-a’raaf:96)