
Wahai pemuda, kita menyertai jemaah, menghabiskan masa bersama jemaah, mengerahkan keringat kita untuk jemaah.Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan ahli. Kita berdebat, berdemonstrasi.Kita rela diperah dan dikerah. Kita menyusun stategi untuk berhadapan dengan musuh jemaah. Kita laungkan islam bersama jemaah. Kita slogankan daulah islamiah bersama dengan nada laungan jemaah. Kita bersatu suara meneriakkan syariah bersama jemaah.Kita berduka dengan kekalahan yang di terima oleh jemaah.Kita bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh jemaah.Semuanya itu kita lakukan bukannya kerana kita ingin menjaga hati rakan sejemaah.Bukan juga kerena kita ingin menunjukkan semangat muda kita yang membara.Bukan juga kerana kita mahu digolongkan oleh masyarakat bahawa kita adalah dari jemmah ini. Tetapi, kita lakukan semuanya itu adalah kerena sebuah keyakinan yang kita yakini. Keyakinan bahawa hanya syariah yang boleh memberi keamanan kepada umat ini. Syariah bertunjangkan kepada al-Quran dan as-Sunnah yang digalas risalahnya oleh ar-Rasul Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah berteraskan rahmat.Kita menghargai perit jerih Rasulullah dan para sahabat yang turut sama menggalas risalah ini di zaman mereka. Diwarisi kemudiannya oleh generasi gemilang. Satu corak warisan yang cukup sempurna. Sehingga terbukti sinar risalah ini menerangai hampir sepertiga dunia. Warisan ini tidak terputus setakat itu sahaja. Warisan ini berterusan dari satu generasi ke satu generasi. Semua generasi warisan ini membuktikan kemampuan mereka menggalas risalah.Dikala keadilan terbukti di zaman Umar Abdul Aziz. Ketinggian risalah ini tertegak di zaman al-Fatih dan Salahuddin, ketamadunan ilmu berkembang di zaman al-Syafie, bagaimanakah pula risalah ini di zaman kita. Adakah kita terus mengharapkan kehadiran kembali Ibnu Abdul Aziz.Adakah kita menanti jelmaan kembali Salahuddin dan perkasa al-Fatih, ataupun kita terus mengharapkan kelahiran semula al-Syafie. Mereka selamanya takkan kembali. Mereka telah bertemu pemilik risalah ini untuk selamanya. Ingatlah wahai saudaraku tentang janji Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk terus berjuang membela islam dan pertahankannya.
“maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”al ahzab ayat 23







No comments:
Post a Comment
korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. =)