klik klik klik

Saturday, 20 April 2013

Cinta ?!


Bukan tidak boleh bercinta, tapi….
Bukan tidak boleh bercinta, tapi… semak dahulu diri kita. Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu dinamakan cinta?
Mari, muhasabah diri. Agar nanti, diri tidak kecundang seperti ‘gagak yang melepaskan tahi’. Mari perbaiki diri, kerana cinta bersifat suci.
‘Aku bercinta, tetapi solat, aurat aku memperlekehkannya.’
‘Aku bercinta, tetapi berkenaan keluarga aku tidak ambil peduli. Hati ayah dan ibu, sering aku sakiti.’
‘Yaa Allah, satukanlah kami. Jangan ada sesiapa yang menganggu kebahagiaan kami.’
‘Rinduku seperti oksigen yang dirimu sedut selalu.’
Ada yang percaya dengan adanya usaha dan doa, Tuhan pasti akan terima. Tetapi, ada juga yang tidak yakin dengan tuntutan – tuntutan Islam. Contohnya, Allah swt menyatakan bahawa solat itu akan mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar. Tetapi, kita buka minda sahaja. Sebaliknya hati dibiarkan tertutup. Selain itu, Nabi Muhammad saw telah berpesan supaya kita berpuasa. Tetapi, kita berpuasa kerana lapar dan dahaga sahaja.
Bagi yang ingin menjalinkan ikatan cinta secara ‘tidak SAH’, umpakan hubungan cinta yang ‘tidak SAH’ itu seperti syubhat. Syubhat itu yang akan menimbulkan keraguan dan akan mengheret kita ke lereng – lereng neraka. Jadi, jaga – jaga!
Akhir kata, nasihat ini bukan untuk membangga diri. Tetapi untuk bermuhasabah diri. Hidup di dunia ini perlu hati – hati, tidak boleh ‘semberono’ mengikut kehendak diri. Jika mampu merasa nikmat cinta dunia, tetapi tidak mampu merasa nikmat cinta Allah dan Rasul-Nya, pasti ada silapnya.
Selamat berbahagia.

No comments:

Post a Comment

korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. =)