klik klik klik

Monday, 29 April 2013

Penting ke ILMU ni ???




Hari ni kite nk kongsikan satu hadis dan sedikit huraiannya..

Saad ibnu Waqas r.a meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w , kata nabi : Kelebihan Ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah dan kebaikkan didalam agama kamu ialah warak.

Hadis ini, Nabi s.a.w menyebut kepada kita antara dgn mencari ilmu dan berbuat ibadah. Mana yang lebih disukai? Maka nabi lebih menyukai orang yang mencari ilmu. Apa mkna kalau ibadat tanpa ilmu, bukannya Allah terima pun. Ibadat kita ni, Allah nk terima dengan sebab 2 benda. Yg pertama, dengan kita mengikut cara/perbuatan Rasullullah. Kita sebut sbg, 'muttabaAh' . Solat, zakat, haji, puasa, dan segala ibadat kita Allah akan terima apabila kita ikut macam Rasulullah. Lain daripada apa yang Nabi buat, ditolak. Yg kedua pulak, ialah ikhlas kerana Allah. Kalau betul mcm mana cara dia buat, dia ikut sebiji, sebiji , sebiji macam Rasulullah, Tetapi jika takder keihklasan , ianya ditolak oleh Allah s.w.t.

Jadi mcm mana nak tiru nabi? Jawapannya ialah MESTI menuntut ilmu. Sebab tu nabi kata menuntut Ilmu lebih afdal dari beribadah. Sebab ada orang yang mementingkan amalan tapi ilmu takda.Zikirnya rajin, solatnya rajin, tapi ilmu tak rajin menuntu, dia takkan dapat. Banyak orang berzikir, dia faham zikir tu baik. betul zikir itu baik. Tapi apabila dibuat pada tempatnye zikir tidak menjadi benda yang baik. Waktu Imam berkhutbah, dia berzikir, zikirnya tidak elok.. Sia-sia sahaja berzikir.

L cuba bagi analogi, cuba bayangkan. Sekarang kita sedang menuntut ilmu, ada orang, dia takmau mengaji, dia duduk di belakang,solat sunat. Allahuakbar. Dia perasan dia betul tu. Sedangkan kita yang datang belajar pahalanya seribu rakaat solat sunat. Dia solat sunat dari pukul 8-9 berapa rakaat dia dapat? abis-abis kuat dapat 20 rakaat. 20 rakaat shaja. Tapi kita yang mengaji ni, dapat 1000 rakaat tuan-puan.. Kalau lah kita tiap-tiap hari mengaji, panjat tangga masjid pergi cari kuliah2. Semalam dah 1000 kalau 30 malam? lol!! dah 30,000 rakaat solat sunat. Kalau sebulan 30,000 rakaat bersamaan dengan berapa bulan kita sembahyang sunat??? huhu . Kita cuma sembahyag terawih 20rakaat. sebulan dapat 600 rakaat. maknanya kalau seribu, dalam sebulan setengah. Kalau tiap-tiap malam kita belajar, agak2 berapa ribu rakaat yang kita boleh? haa, kira tengokla..


Sekarang, nampak tak kelebihan orang yang menuntut ilmu?? then apa tunggu lagi?? pergi la jenguk2 surau2, masjid2 sebelah rumah tuu=).. Bila lagi nk jadi orang yang penuh crowded ilmu agama didada.. Jangan tggu time pencen baru nk mencari. Bermula jejak mencari ilmu bermula dari sekrang. AYUH!!!

KEMPEN MENCARI ILMU!!


Nabi sebut, Orang yang baik, Allah kata dia faham tentang agama. Bila agama dia faham, semua benda dia faham. Nabi tak kata, man yuridillahu khairan yufakkih fi siasah. Sapa-sapa yang Allah s.w.t. nak bagi baik, maka diberi faham tentang politik. Takda pun kan. harini banyak orang faham politik, faham sungguh dia, tapi agama dia tak faham. nabi kata, kalau dia faham agam seluruh benda dia faham. Dia meniaga jadi elok, dia kawin jadi elok, dia berpolitik jadi elok, dia jadi yang berhormat jadi elok. Pendek kata, kalau dia faham agama semua jadi baik.  Kalau orang politik, bagilah pokok yang paling tinggi dalam negara kita nih, dia sanggup panjat, pasang bendera. Kayu bendera tuh, snggup gigit, nak panjat punya pasai macam Rambo plak panjat2 pokok. Rupe nak pasang  bendera, 3 pagi dok pasangyer tuh. Tapi sayang, sembhyang subuh tak penah panjat masjid untuk datang.. Kita pikir, mana lebih besar, pasang bendera atau sembahyang subuh berjemaah. (mood PRU13)

Dengar ceramah politik, xdapat apa-apa. Harus sahaja. Menuntut Ilmu wajib hukum dia. Talabul ilm' faridhatul ala kulli muslim. Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim! Ceramah politik tak wajib. Bukan kita belajar fekah pun dalam crmh politik. Cara-cara menunaikan haji? ada ker? takda punya. Cara-cara membaca Al-quran, Mad Jaiz Munfasil. Ada ker belaja tu suma?  Maknanya kuliah agama lagi besar dari politik. Sebab tu kita kene faham hadis tadi. Tapi sekrang? tiap-tiap malam ceramah politik . orang bawa kerusi pergi ceramah politik. Duduk dalam embun, duduk dalam tokong, duduk dalam apa benda pun lah kofem dia pergi. Bawak kacang kuda, bawak air sirap, surat khabar, dengar ceramah. Tetapi kuliah2 magrib, yang bukak kitab, berapa ramai yang datang? Itula penyakit kita, menguatkan politik, tidak menguatkan agama.

Ceramah politik ni macam cerita hindustan. Kita tau dah kesudahan hindustan tu apa. Kita bukak cerita hindustan cuba tengok.  Kesudahannya kita semua boleh duga dah, hero mesti menang. Manada hero kalah, kalau hero kalah, film tu komfem tak laku. Semua hero menang. Cerita hindustan last sekali Inspektor Sahab sampai. Naik landrover tu bawa kayu satu. Turun-turun landrover "  @#$*%%," tarik orang jahut masuk jail. Kalau kita dah tau kesudahan cerita hindustan macam tu, buat apa tengok?  Serupa tu lah ceramah politik,cermah politik, last sekali tuh, mesti yang sebelah sana tu salah. Betul tak? mesti tau dah, mesti tak betul ni. Kalau ceramah belah sini plak, mesti dia kata belah sana tak betul. Buat apapergi. Yang mengaji ni, bnyak benda yang kita belum tahu, hukum fekah tak tahu, hukum faraidh tak tahu, hukum sambut tahun baru pun tak tau. Banyak lagi benda fardu ain yang kita tak tau, berapa ramai yang takmau mengaji. Maknanya agama masih tak kuat, jadi bila agama tidak kuat, politik longgar, sebab tu dia boleh lompat sana sini.

Saja nak masuk kat sini..dah nak dekat pru kan kene la bagi sedikit kesedaran. =) Cuma nak bagi orang Islam itu faham. Jangan hanyut. Marilah kita mencari ilmu, tak rugi pun, dan sya minta maaf andai terkasar ker. apa yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk itu ialah kelemahan L sendiri. semoga kita sentiasa dirahmatiNya.. amin. sebelom chow, marilah renung2 kata-kata ini.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu; kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

- Hassan Al Basri -

No comments:

Post a Comment

korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. =)